Syarat ketat yg dikenakan oleh MBSA, MPK, MPS, MBPJ adalah tepat sekali

Syarat ketat yang dikenakan ke atas skim komuniti berpagar yang tidak formal oleh semua majlis bandaraya /perbandaran di Selangor seperti MBSA, MBPJ, MPK dan MPS adalah tepat sekali. Ada sebabnya mengapa semua majlis perbandaran /bandaraya di Selangor telah membuat keputusan ini. Ia dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk pendapat komuniti secara keseluruhan dan bukannya hanya daripada golongan tertentu sahaja.

Sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dan prihatin, dan setelah kajian secara mendalam telah dibuat, pihak majlis telah memutuskan perkara ini. Pujian harus diberi kepada semua pihak majlis tersebut kerana dapat membuat keputusan yang tepat, adil dan berkepentingan komuniti secara holistik. 

Perpaduan masyarakat juga diberi penekanan selain daripada melindungi hak semua penduduk dan komuniti. Keputusan ini juga telah dibuat bagi mencegah golongan tertentu atau pihak yang korup daripada mengambil kesempatan atas nama keselamatan komuniti.

Harus diingat bahawa skim komuniti berpagar tidak formal ini BUKAN suatu 'G&G' yang mempunyai kelulusan rasmi. Ia hanya wujud sekadar skim tanpa paksaan selagi ia tidak menimbulkan masalah kepada komuniti atau sengketa diantara penduduk.

Pengawal keselamatan di semua kediaman (bukan-persendirian) tidak dibenarkan menghalang kenderaan keluar masuk dan mereka tidak dibenarkan meminta dokumen pengenalan orang awam. Sistem kad akses juga tidak dibenarkan kecuali di kediaman atau premis persendirian sahaja. *(Sila rujuk kpd Garis Panduan Majlis dan Pekeliling drp KDN).

*Dear Residents... Don't you get it? The authorities are on our side, protecting us the communities from neighborhood security scams by unscrupulous RAs.


Popular posts